Rendang daging ialah hidangan yang boleh dijumpai di merata tempat. Hidangan tersebut selalunya didapati di majlis perkhawinan yang dihidangkan sebagai lauk-pauk yang boleh dimakan oleh nasi.
Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik
3 sm halia 2 sm lengkuas - dikisar hingga halus
3 batang serai dimesin
30 sen cili kering
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis 2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tanpa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang –digoreng, ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Daging dibasuh dan toskan sehingga kering.
Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama daging.
Biarkan mendidih.
Masukkan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik.
Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.
Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salad dan cabai masak.
No comments:
Post a Comment