Tuesday, August 17, 2010

Kuih Kaswi

Kuih kaswi ialah kuih tradisional yang berwarna coklat disaluti dengan kelapa parut . Kuih tersebut boleh didapati di gerai-gerai kuih ataupun di majlis perkhawinan yang dijadikan sebuah pencuci mulut.



Bahan-bahan:
150g gula melaka
75g gula merah
75g gula pasir
200ml air (untuk memasak gula)
1 helai daun pandan
300g tepung beras boh
2.5cbsr penuh tepung sagu
0.25cteh kapur dicampur dengan sedikit air
0.25cteh garam
250ml (2 cawan)air
230g kelapa parut (dibuang kulit) digaul dengan 1 cteh garam

Cara-caranya:
  1. Jerang air di dalam kukusan dahulu..
  2. Masak gula melaka ,gula merah, gula pasir, air dan pandan di dalam periuk kecil sehingga cair.
  3. Tapis dan biarkan ia sejuk dahulu
  4. Gaul pula tepung beras boh, tepung sagu ,kapur ,garam dan air di sebuah mangkuk lain
  5. Tapis dan kemudian isikan ke dalam acuan kecil atau loyang kuih dan kukus selama 20 minit.
  6. Sejukan loyang itu di dalam sedulang air.
  7. Hidangkan kuih itu digaul dengan kepala parut yang telah dibubur sedikit garam.

No comments:

Post a Comment