Ayam Cili Padi ialah ayam yang telah dimasak di dalam kuah kunning. Kuah tersebut telah dicampurkan dengan cili padi yang membuat rasa kepedasannya .
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong 8)
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2cm kunyit hidup
2cm halia
7 biji cili padi
1 batang serai (dititik )
2 biji kentang (potong dadu)
1 kotak kecil santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan serai dan di ikuti bahan-bahan yang dikisar
Tumis hingga harum
Masukkan ayam dan kacau rata
Curahkan 2 cawan air dan kacau perlahan-lahan
Masukkan garam secukup rasa
Selepas mendidih,masukkan kentang
Masukkan santan dan kacau hingga sebati
No comments:
Post a Comment