Tuesday, August 17, 2010

Kuih Makmur

Kuih makmur ialah sejenis kuih yang mempunyai kacang di dalamnya dan berbentuk daun. Kuih ini juga disaluti dengan gula halus. Ramai tuan rumah akan menggunakkan kuih ini untuk dijadikan kuih raya pada hari raya aidilfitri.


Bahan-Bahan
125 gm tepung gandum
60 gm minyak sapi/mentega (tanpa garam)
Untuk penyalu
60 gm gula aising(Untuk inti)
2 auns besar kacang tanah bergoreng

Cara-Cara
Sapukan minyak pada dulang pembakar dan panaskan pasangkan ketuhar sehingga 180'c.
Sediakan adunan: Ayak tepung dan uli dengan minyak sapi/marjerin sehingga menjadi doh kental.
Bahagikan doh kepada bebola besar saiz ibu jari.
Tekan tiap-tiap bebola leper saiz dan isikan tengahnya dengan 1/2 sudu kacang tanah bergoreng. Lipat seperti bentuk karipap atau bebola bulat.
Bakar selama 15-20 minit.
Angkat perlahan-lahan dengan pisau pelepa & sadurkan baik-baik dengan gula aising ketika masih panas lagi.
Hidangkan di atas pinggan kuih beralaskan kertas dioli.

No comments:

Post a Comment